TEHRAN, 26 MEI – Satu letupan saluran paip hari ini di sebuah kompleks petrokimia berhampiran pantai Teluk Iran menyebabkan seorang terbunuh dan dua cedera sebelum kebakaran berjaya dipadamkan, lapor agensi berita ISNA.
Letupan meletus pada pukul 9:20 pagi waktu tempatan (0450 GMT) di saluran paip penghantaran oksigen milik syarikat Damavand Energy Asaluyeh, ISNA memetik seorang wakil gabenor daerah, Ali Rahmani sebagai berkata.
Hab tenaga selatan terletak di wilayah Bushehr Iran. Pihak berkuasa sedang menyiasat kerosakan dan punca kejadian itu, tambah ISNA. – AFP