Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang maut lombong runtuh, dua cedera parah

    BUCHAREST, 6 Okt – Seorang lelaki telah meninggal dunia dan dua yang lain cedera parah selepas sebahagian daripada lombong arang batu roboh di selatan Romania, kata perkhidmatan kecemasan hari ini.

    Sebelas pekerja berada di dalam galeri, kira-kira 500 meter di bawah tanah, apabila bumbung secara tiba-tiba roboh pada petang semalam.

    Lapan di antara mereka berjaya menyelamatkan diir tetapi tiga orang masih terperangkap dalam lombong Lupeni di Lembah Jiu, rantau perlombongan utama di Romania.

    Pada masa anggota menyelamat sampai kepada pelombong selepas operasi 10 jam, hanya dua yang masih hidup. Ia adalah kejadian terbaru dalam beberapa siri kemalangan yang melanda lombong Romania dalam beberapa tahun ini.

    Pernah menjadi kebanggaan rejim Komunis dengan pengeluaran 28 juta tan arang batu setahun, lombong berkenaan telah menjadi tidak menguntungkan dan sering menerima kritikan disebabkan keadaan kerja yang teruk.

    Romania, negara anggota kedua paling miskin di Kesatuan Eropah selepas Bulgaria, telah berjanji akan menghapus pengeluaran arang batu dan sebaliknya menumpukan pada sumber tenaga bersih. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda