Seorang maut serangan udara Israel di Syria

DAMSYIK, 5 MEI – Seorang awam terbunuh dan enam cedera setelah serangan udara Israel yang berlaku di wilayah timur laut Syria, kediaman keluarga Assad yang berkuasa selama berkurun-kurun, kata media Syria hari ini.

Sejak tercetusnya perang saudara Syria pada tahun 2011, Israel secara rutin melakukan serangan ke atas negara itu, yang kebanyakannya menyasarkan pasukan Hizbullah Iran dan Lubnan serta tentera kerajaan.

Serangan ke wilayah Latakia, rumah keturunan Presiden Bashar al-Assad berlaku sejurus jam 2 pagi, kata sumber tentera kepada agensi berita Sana.

“Serangan Israel menyebabkan seorang awam mati dan enam cedera, termasuk seorang budak lelaki dan ibunya,” menurut sumber itu, yang menambah tempat sasaran itu adalah kilang plastik.

Mereka tidak mengeluarkan perincian sasaran yang tepat, tetapi laporan media menunjukkan bahawa kota-kota Hifa dan Masyaf diserang.

Sistem pertahanan udara Syria diaktifkan untuk membalas serangan, dengan beberapa tembakan berjaya mematahkan serangan’, tambah laporan itu.

Serangan di wilayah Latakia jarang berlaku. Pada bulan September 2018, sistem anti-pesawat Syria secara tidak sengaja menembak jatuh pesawat milik sekutu Rusia membunuh mereka yang berada di kapal setelah diaktifkan bagi menembak peluru berpandu Israel yang berdekatan. – AFP