Thursday, December 7, 2023
27.5 C
Brunei

    -

    Seorang parah, 12 sesak nafas, gas amonia bocor di Sandakan

    SANDAKAN, 10 NOV – Seorang pekerja kilang lelaki parah manakala 12 lagi mengalami simptom seperti sesak nafas, sakit mata dan kulit susulan berlaku kebocoran gas amonia pada mesin membuat ais di sebuah kilang ais di sini, pagi tadi.

              Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, kejadian berlaku pada kira-kira 10 pagi di Kilang Ais Sinaran di Batu 3 di sini dan sepasukan 13 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke tempat kejadian, terletak kira-kira 1 kilometer dari sini.

              “Mangsa terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita diberi rawatan awal di lokasi kejadian dan kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent,” menurut kenyataan itu.

              Pasukan bomba berpakaian lengkap keselamatan bertindak mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam bangunan, seterusnya melakukan operasi nyahcemar dan sanitasi di seluruh kawasan tersebut,” menurut kenyataan itu.

    Operasi tamat pada 12:06 tengah hari setelah tiada lagi kemerbahayaan. – Bernama

     

    Foto hiasan freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...