TOKYO, 12 Mac – Seekor gajah telah menyebabkan kematian seorang pelatih apabila gajah itu memukulnya menggunakan belalainya dalam kejadian di sebuah zoo Jepun hari ini, menurut pihak polis.
Wichai Madee dari Thailand sedang memandikan seekor gajah India bersama rakan sekerjanya di Adventure World di wilayah barat Wakayama apabila haiwan besar itu mengayunkan belalainya dan memukul lelaki itu.
“Haiwan itu bagaimanapun mungkin meradang. Ia mengayunkan belalainya, dan belalai mengenai orang yang bekerja di hadapan gajah itu,” seorang jurucakap polis memberitahu AFP.
“Lelaki itu telah ditolak kuat dan sama ada telah mengenai pagar atau tanah dan mengenai kepalanya.” Kakitangan zoo lain telah menghubungi pihak polis dengan berkata ‘seorang kakitangan telah diserang oleh gajah,” menurut penyiar persendirian TBS.
Pelatih berusia 37 tahun itu telah dikejarkan ke hospital tetapi kemudian menemui ajalnya, menurut polis. – AFP