Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Seorang pesakit COVID meninggal dunia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Seorang pesakit COVID disahkan meninggal dunia disebabkan COVID dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan yang juga mewakili keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam me-ngucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin.

    Kementerian itu dalam kenyataannya turut mengongsikan bahawa dalam masa satu minggu kebelakangan ini, kadar purata kes COVID yang dilaporkan di negara ini adalah mendatar iaitu 168 kes sehari, berbanding kadar minggu sebelumnya iaitu 160 kes sehari.

    Sebanyak 20,809 keputusan ujian pantas antigen (ART) telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di mana 5.6 peratus daripadanya adalah keputusan ujian ART yang positif.

    Sementara itu, tidak ada kes dalam kategori 5 dan kategori 4.

    Sementara itu, setakat kelmarin, kadar liputan vaksinasi COVID negara ini kekal di tahap tinggi dengan 79.1 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 12 peratus telah mendapatkan dos keempat.

    Kementerian itu juga mengongsikan 179 kes baharu dilaporkan hari ini, iaitu 177 hasil ujian ART dan dua kes telah dikesan melalui ujian makmal RT-PCR yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...