Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Seorang suspek serangan tikam ditemui mati

    WELDON, SASKATCHEWAN, 6 SEPT – Polis Kanada memburu saki-baki suspek yang menyebabkan kematian 10 orang dalam satu kejadian tikaman dalam komuniti Orang Asli dan bandar berdekatan di wilayah Saskatchewan selepas menemui mayat abangnya di tengah-tengah pemburuan besar-besaran untuk pasangan itu.

    Damien Sanderson, 31, ditemui mati kelmarin berhampiran tempat kejadian dan pihak berkuasa percaya abangnya dan rakan suspek, Myles Sanderson, 30, cedera, dalam pela- rian dan berkemungkinan berada di ibu kota wilayah Regina, kata ketua polis Evan Bray. Kejadian tikaman itu turut mencederakan 18 orang.

    Pegawai Penguasa Polis Diraja Kanada, Asisten Komisioner Rhonda Blackmore berkata pihak berkuasa masih belum pasti punca kematian tetapi kecederaan itu tidak dilakukan sendiri.

    “Mayat Damien Sanderson terletak di luar kawasan berumput lebat berdekatan dengan rumah yang sedang diperiksa. Kami boleh mengesahkan dia mengalami kecederaan,” kata Blackmore.

    Ditanya sama ada Myles Sanderson bertanggungjawab atas kematian abangnya, Blackmore berkata polis sedang menyiasat kemungkinan itu, tetapi ‘kami tidak boleh mengatakannya secara muktamad pada masa ini.’

    Sebelum mayat Damien ditemui, waran tangkap telah dikeluarkan untuk suspek.

    Kedua-dua berdepan sekurang-kurangnya satu pertuduhan bagi setiap pembunuhan dan cubaan membunuh.

    Blackmore berkata polis masih menentukan motif pembunuhan beramai-ramai ke atas komuniti Orang Asli, tetapi ketua Persekutuan Negara-Negara Pribumi Berdaulat mendakwa bahawa kejadian tikaman itu mungkin berkaitan dengan dadah. – AP

    Penyiasat berkumpul di tempat kejadian tikaman di Weldon, Saskatchewan. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...