Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Seoul akan ekstradisi suspek pembunuhan NZ

    SEOUL, 14 NOV – Korea Selatan akan mengekstradisi seorang suspek pembunuhan New Zealand dalam masa 30 hari, kira-kira dua bulan selepas dia diberkas di Korea Selatan berkaitan kematian dua kanak-kanak yang ditemui dalam beg pakaian di Auckland, kata pegawai hari ini.

    Menteri Kehakiman Korea Selatan, Han Dong-hoon mengeluarkan arahan bagi ekstradisi wanita berusia 42 tahun dengan nama keluarga Lee itu ke New Zealand, kata kementerian dalam satu kenyataan.

    Semasa membuat keputusan, Han mempertimbangkan kelulusan ekstradisi diperolehi baru-baru ini, kewarganegaraan New Zealand, tapak jenayah dan kepentingan kebangsaan Korea Selatan, menurut kementerian.

    Han mempunyai kata putus sama ada mahu menghantarnya ke New Zealand atau sebaliknya, selepas Mahkamah Tinggi Seoul pada Jumaat lalu meluluskan ekstradisinya.

    Pegawai mahkamah mengatakan wanita itu sebelum ini telah menyatakan persetujuan bertulis untuk dihantar ke New Zealand.

    Han juga mengarahkan pegawai untuk menyerahkan bukti diperolehi semasa penahanan wanita itu kepada pihak berkuasa New Zealand, tambah kementerian itu.

    Tarikh tepat ekstradisi dalam masa 30 hari itu akan dirunding dengan pihak berkuasa New Zealand. Polis memberkas wanita itu pada September atas waran tangkap mahkamah tempatan, selepas New Zealand mengarahkan penangkapannya. Kementerian Kehakiman New Zealand seterusnya memohon wanita itu diekstradisi. – AP

    Gambar fail seorang wanita menutup wajahnya ketika menaiki sebuah kereta meninggalkan balai polis Ulsan Jungbu di Ulsan, Korea Selatan, 15 September lalu. Suspek bunuh dua kanak-kanak di NZ itu akan diekstradisi dalam masa 30 hari, kata pegawai, 14 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...