Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seoul dakwa Pyongyang lancar peluru berpandu ke arah laut Jepun

    SEOUL, 14 JAN – Korea Utara melancarkan peluru berpandu tidak dikenali jenisnya, dakwa tentera Korea Selatan hari ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Korea Utara melancarkan peluru berpandu ke arah Laut Timur, juga dikenali sebagai Laut Jepun, menurut agensi berita Korea Selatan Yonhap yang memetik kakitangan am di Seoul.

    Pelancaran itu berlaku seminggu selepas Korea Utara melancarkan apa yang dikatakannya sebagai ‘peluru berpandu balistik hipersonik jarak pertengahan jenis baharu’.

    Korea Utara dilarang oleh resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) daripada melancarkan atau menguji peluru berpandu balistik dalam sebarang jarak. Peluru berpandu biasanya daripada jenis permukaan ke permukaan yang juga boleh dilengkapi dengan kepala peledak nuklear. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda