Seoul lantik ‘Encik Senyum’ sebagai perdana menteri

SEOUL, 17 DIS – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in melantik bekas speaker parlimen yang dikenali sebagai ‘Encik Senyum’ sebagai perdana menteri hari ini, selepas pelantikan kabinet sebelumnya mencetuskan skandal rasuah dan bantahan besar-besaran.

Chung Sye-kyun – ahli perundangan dan bekas menteri perdagangan – memperoleh nama gelarannya atas perilakunya yang riang dan laporan tempatan berkata dia enam kali telah diundi ‘perundangan paling baik’ oleh para wartawan yang membuat liputan Perhimpunan Kebangsaan.

“Dia sering menyampaikan politiknya dengan menilai dialog dan tolak ansur mengikut personalitinya yang lemah lembut,” kata Moon. – AFP