SEOUL, 31 Mei – Menteri Luar Korea Selatan hari ini telah mengesahkan mengenai persiapan berterusan bagi perbincangan di sidang antara Korea Utara dan Amerika Syarikat (AS), meningkatkan kemungkinan bahawa sidang Korea Utara dan As akan diadakan seperti yang dijadualkan sebelum ini.
Jurucakap Kementerian Luar, Noh Kyuduk memberitahu sidang media bahawa perbincangan sedang berlangsung di kampung berkecuali, Panmunjom, di mana AS diwakili oleh bekas dutanya ke Korea Selatan, Sung Kim, manakala Korea Utara diwakili oleh timbalan menteri luar Utara, Choe Son Hui.
Noh berkata perbicangan tahap kerja antara Pyongyang dan Washington sedang berjalan di Singapura bagi membincangkan mengenai protokol dan hal ehwal pentadbiran bagi sidang antara pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un dan Presiden AS, Donald Trump.
Ia adalah pengesahan yang jarang sekali dibuat kerana pihak Korea Selatan sebelum ini keberatan untuk mengesahkan mana-mana maklumat mengenai sidang peringkat tertinggi pertama antara Korea Utara-AS, yang pada asalnya dijadualkan pada 12 Jun di Singapura.
Noh menambah bahawa Korea Utara dan AS telah mengadakan konsultasi hampir setiap hari melalui pelbagai siaran diplomatik, dengan menambah bahawa Seoul berhubung rapat dengan negara-negara jirannya, termasuk China, Rusia dan Jepun. – Xinhua.