Sepakan penalti CR7 selamatkan Juve

MILAN, 12 JULAI – Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan dua sepakan penalti ketika Juventus meraih satu mata dalam perlawanan dramatik seri 2-2 menentang Atalanta kelmarin untuk mengambil satu langkah penting menuju gelaran Serie A kesembilan berturut-turut.

Lazio yang tewas 2-1 di tangan Sassuolo pada hari sebelumnya telah memberikan Atalanta, yang mengharungi kemenangan 11 perlawanan berturut-turut sebelum perlawanan, peluang untuk naik ke tangga kedua dan mendekatkan jurang dengan Juve kepada enam mata.

Tetapi meskipun dengan babak kedua yang mendebarkan dan sering dikuasai dalam keseluruhan perlawanan, pasukan bimbingan Maurizio Sarri berjaya menjauhkan jurang kepada lapan mata di puncak liga dengan berbaki enam perlawanan dengan Ronaldo berjaya mencatatkan jaringan gol ke-28 liga buat musim ini.

Ia merupakan perlawanan yang mengecewakan buat Atalanta yang kekal di kedudukan ketiga liga, dengan ketinggalan sembilan mata di belakang.

Juve yang bermula dengan cemerlang tetapi ia tidak mengambil masa yang lama buat pasukan pelawat untuk menguasai perlawanan dan mendominasi mengawal bola.

Atalanta berada di hadapan seawal minit ke-16 menerusi Duvan Zapata, yang menjaringkan gol ke-15 liga dalam musim ini. – AFP

Aksi Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti semasa menentang Atalanta kelmarin.- AFP