Sepanduk ‘White Lives Matter’ jejas imej Burnley

MANCHESTER, 23 JUN – Permulaan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Manchester City menentang Burnley kelmarin terganggu dengan sebuah pesawat yang terbang di atas sambil membawa sepanduk yang bertulis ‘White Lives Matter Burnley’.

Pesawat itu dilihat terbang di atas Stadium Etihad City sejurus selepas semua pemain dan pegawai perlawanan berlutut sebagai tanda solidariti dengan gerakan Black Lives Matter. Ia dilaporkan terus mengelilingi stadium setelah perlawanan bermula.

Burnley mengeluarkan kenyataan segera pada separuh masa mengatakan bahawa kelab ‘mengecam keras atas tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap pesawat dan sepanduk ofensif itu di Stadium Etihad’.

“Kami ingin menjelaskan bahawa mereka yang bertanggungjawab tidak diterima di Turf Moor.

Ini sama sekali tidak mempamerkan sebagai sebuah kelab Burnley dan kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kami sepenuhnya berada di belakang inisiatif sokongan terhadap Black Lives Matter EPL dan sesuai dengan semua perlawanan EPL lain yang dilakukan sejak Project Restart EPL, pemain dan kakitangan bola sepak dengan rela hati berlutut ketika memulakan perlawanan di Manchester City.

“Kami meminta maaf kepada EPL, Manchester City dan kepada semua pihak yang membantu mempromosikan Black Lives Matter.”

Pemain di EPL telah memakai jersi dengan slogan Black Lives Matter. Gerakan itu muncul berikutan kematian George Floyd di AS lelaki berkulit hitam di tangan polis bulan lalu, yang mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh dunia dan menyebabkan ahli sukan menunjukkan solidariti terhadap demonstrasi tersebut. – AFP

Sebuah pesawat mengibarkan sepanduk bertulis ‘White Lives Matter Burnley’ terbang di atas stadium semasa perlawanan EPL antara Manchester City dan Burnley di Stadium Etihad, di Manchester, semalam. – AP