Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Sepanyol berkas penggubah wang haram terbesar Eropah

    THE HAGUE, BELANDA, 15 SEPT – Polis telah menahan “salah seorang pengubah wang haram terbesar di Eropah” selepas satu serbuan di selatan Sepanyol dibuat, sambil menambah bahawa suspek British-Ireland itu dipercayai telah mengalihkan wang tunai haram lebih AS$200 juta.

    Operasi yang diketuai oleh Guardia Civil Sepanyol dan diselaraskan oleh Europol dilihat sebagai tamparan hebat terhadap kumpulan jenayah terancang Kinahan yang terkenal, sementara pegawai berkuasa Amerika Syarikat (AS) menggelarnya “ancaman besar kepada keseluruhan ekonomi haram”.

    “Dua orang rakan sekutunya turut ditahan di Sepanyol, dan seorang di United Kingdom,” kata Europol dalam satu kenyataan hari ini. Europol bagaimanapun tidak menamakan suspek, tetapi sumber yang rapat dengan penyiasatan dan akhbar Ireland berkata dia ialah John Francis Morrissey, 62, seorang sekutu terkenal kumpulan Kinahan yang terkenal.

    Suspek utama dalam kes itu ditahan pada Isnin “hasil daripada operasi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa yang diketuai oleh Guardia Civil Sepanyol”, kata Europol.

    Berpangkalan di Dubai, kumpulan jenayah Kinahan yang diketuai antara lain oleh warga Ireland, Daniel Kinahan telah menyeludup narkotik dan kokain, ke Eropah, serta merupakan ancaman kepada kebanyakan ekonomi haram melalui peranannya dalam pengubahan wang haram antarabangsa,” Setiausaha Jabatan Perbendaharaan AS, Brain E Nelson berkata.

    Beliau juga bekerja sebagai penguatkuasa untuk kartel Kinahan dan membantu penghantaran dadah dari Amerika Selatan.

    Morrissey dan rakan-rakannya bertanggungjawab mengumpul sejumlah besar wang tunai daripada organisasi jenayah, yang kemudiannya akan ‘serahkan’ kepada organisasi jenayah lain di negara lain, kata Europol. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...