Sunday, October 6, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol bersedia adakan rundingan krisis

    BARCELONA, 11 Okt – Kerajaan Sepanyol bersiap untuk mengadakan rundingan krisis hari ini selepas para pemimpin Catalan menandatangani pengisytiharan penangguhan kemerdekaan dan menggesa diadakan dialog dengan Madrid.

    Perdana Menteri Mariano Rajoy akan mempengerusikan mesyuarat kabinet tergempar dalam respons kepada pengumuman pemimpin Catalan Carles Pulgdemont hari ini bahawa dia telah menerima ‘mandat rakyat bagi Catalonia untuk menjadi sebuah republik merdeka ekoran referendum yang diharamkan awal bulan ini.

    Namun Puigdemont dalam pengisytiharannya kepada parlimen menggesa bagi kemerdekaan Catalonia ditangguhkan untuk membolehkan rundingan dengan Madrid.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda