Sepanyol, Brazil mara ke separuh akhir

SAITAMA, JEPUN, 1 OGOS – Mikel Oyarzabal membantu Sepanyol untuk mara ke pusingan separuh akhir dalam tempoh sebulan. Sementara itu, Brazil kekal berada di landasan tepat untuk kembali beraksi di final.

Dengan pasukan muda, pasukan bola sepak lelaki Olimpik kurang mendapat perhatian seperti Kejohanan Eropah atau Copa America. Namun, Sukan Olimpik Tokyo masih mampu menawarkan peluang untuk negara-negara bersaing merebut trofi pada tahun ini.

Sepanyol beraksi menentang Ivory Coast sehingga masa tambahan sebelum memenangi perlawanan dengan keputusan 5-2 kelmarin dengan Rafa Mir menjaringkan hatrik dan sepakan penalti daripada Oyarzabal, yang turut menjaringkan gol menerusi sepakan penalti di Euro 2020 peringkat suku akhir.

Kini pasukan muda Sepanyol berharap dapat mencari jalan untuk menewaskan pasukan penganjur, Jepun, yang berjaya menewaskan New Zealand menerusi penentuan penalti 4-2.

Pemenang pingat emas di laman sendiri, Brazil meneruskan misi untuk mempertahankan gelaran setelah mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Mesir hasil percubaan Matheus Cunha pada minit ke-37 di Saitama.

Richarlison terlibat dalam membantu menjaringkan gol, yang dibenarkan oleh kelabnya Everton untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan, setelah menyaksikan pasukannya tewas di tangan Argentina di final Copa America tiga minggu lalu.

Mesir tidak beraksi dengan pemain utama mereka dari Liga Perdana Inggeris seperti Brazil – terutama penyerang Liverpool, Mohamed Salah sebagai salah seorang daripada tiga pemain berusia lebih 24 tahun dibenarkan untuk bermain dalam kejohanan.

“Kami perlu mengambil kesempatan yang terbuka luas,” kata jurulatih Brazil, Andre Jardine. “Kami tahu bermula sekarang tiada lagi kemenangan besar untuk baki kejohanan.”- AP

Aksi pemain Sepanyol, Mikel Merino merebut bola daripada pemain Ivory Coast, Ismael Diallo semasa pertemuan di peringkat suku akhir, Sukan Olimpik Tokyo.- AFP