Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol catat korban harian tertinggi

    MADRID, 28 OKT – Sepanyol semalam melaporkan 267 kematian untuk tempoh 24 jam lalu, jumlah kematian tertinggi dicatatkan pada gelombang kedua COVID-19 dengan 18,418 jangkitan, kata Kementerian Kesihatan lapor agensi berita Xinhua.

    Jumlah jangkitan sejak bermulanya wabak di negara ini kini berjumlah 1,116,738 dan 35,298 orang meninggal dunia.

    Di Santiago pula, 922 kes baharu didaftarkan dalam masa 24 jam, pertama kali kes harian baharu di bawah angka 1,000, sejak Mei, kata Menteri Kesihatan Enrique Paris semalam.

    “Ini petanda penting dan menyeru rakyat terus berwaspada serta mengamalkan langkah pencegahan,” kata Paris dalam satu kenyataan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda