Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sepanyol dicengkam kemarau, kebakaran besar

    MADRID, 17 MAC – Sepanyol secara rasmi memasuki musim kemarau jangka panjang, berikutan suhu tinggi dan turunan hujan rendah sejak tiga tahun lalu, dan berkemungkinan berdepan satu tahun gelombang haba dan kebakaran hutan lagi.

    Agensi cuaca Sepanyol, Aemet hari ini berkata bahawa statistik menunjukkan Sepanyol mengalami kemarau berpanjangan pada penghujung 2022 dan tiga bulan pertama 2023 tidak menunjukkan tanda-tanda perubahan besar.

    “Ramalan pertama yang tersedia untuk musim panas 2023 menunjukkan kemungkinan keadaan suhu sekali lagi melebihi normal,” kata jurucakap Aemet, Ruben del Campo, sambil menambah bahawa “musim panas yang akan datang risiko bagi kebakaran agak tinggi memandangkan suhu menjulang.”

    Tetapi Del Campo menegaskan bahawa negara itu pernah mengalami kemarau teruk sebelum ini pada 2017, 2005 dan pada penghujung 1990an dan 1980an.

    Aemet berkata Sepanyol secara geografi terdedah kepada suhu tinggi dan kemarau, tetapi perubahan iklim merupakan faktor utama.

    Del Campo berkata Sepanyol telah merekodkan peningkatan suhu 1.3 darjah Celsius sejak 1960an, pemanasan yang ketara sepanjang tahun tetapi terutamanya pada musim panas apabila suhu purata meningkat sehingga 1.6 darjah.

    Tahun lepas adalah tahun keenam paling kering di Sepanyol dan tahun terpanas sejak 1961. Hujan adalah 16 peratus di bawah purata dan suhu purata harian melebihi 15 darjah Celsius buat kali pertama. – AP

    Gambar fail menunjukkan kebakaran hutan berhampiran Altura, timur Sepanyol, pada 19 Ogos 2022 akibat kemarau yang berpanjangan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...