Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Sepanyol dilanda kemarau

    VILANOVA DE SAU, SEPANYOL, 21 MAC – Gereja purba Sant Roma hilang dari pandangan pada tahun 1960an, apabila bandar Vilanova de Sau, di utara Barcelona, digenangi air untuk membina empangan air.

    Namun, menara gereja dan bangunannya muncul semula di permukaan pada hari ini.

    Kekeringan di timur laut Sepanyol mencapai tahap ‘luar biasa’ bulan lalu, mengancam akses air minuman untuk 6 juta orang di kawasan metropolitan Barcelona.

    Tahap air takungan Sau kini berada pada 9 peratus daripada kapasiti penuh, mengikut data Agensi Air Catalonia, jadi pegawai telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan ikan untuk menyelamatkan ia daripada mati.

    Sepanyol secara rasmi telah memasuki tempoh kemarau jangka panjang, kata agensi cuaca negara itu minggu lalu, di sebabkan oleh suhu tinggi dan tahap hujan yang rendah dalam tiga tahun terakhir.

    Tetapi di Catalonia, situasinya kritikal, di mana tahap takungan purata berada pada kira-kira 27 peratus daripada kapasitinya.

    Sepanyol secara keseluruhan mengalami peningkatan suhu sebanyak 1.3 darjah Celsius sejak tahun 1960an, feno-mena yang ketara sepanjang tahun terutamanya pada musim panas di mana suhu purata meningkat 1.6 darjah. – AP

    Pemandangan empangan Sau kira-kira 100 kilometer di utara Barcelona, Sepanyol. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...