Sepanyol, Jerman kongsi satu mata

STUTTGART, JERMAN, 4 SEPT – Jose Luis Gaya meraih satu mata buat Sepanyol di saat akhir dalam keputusan seri 1-1 menentang Jerman di Stuttgart, dengan pemain remaja Barcelona Ansu Fati menjadi pemain kedua termuda tampil untuk La Roja.

Jerman begitu hampir untuk merakam kemenangan dalam aksi Liga A, Kumpulan 4 Liga Negara-Negara UEFA itu apabila Timo Werner membuka jaringan di babak kedua.

Namun enam minit dalam masa kecederaan, Gaya menolak masuk tandukan Rodrigo Moreno untuk gol penyamaan.

“Kami berjuang hingga akhir, ia ujian yang baik di awal musim. Mungkin kami berhak mendapat keputusan lebih baik, tetapi kami terus memberikan tekanan dan usaha kami berhasil.

“Kami pulang dengan keputusan seri, kami tidak berada pada tahap sepatutnya, tetapi kami akan memperbaikinya,” kata kapten Sepanyol Sergio Ramos. – AFP

Reaksi Jose Luis Gaya ketika meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya Mikel Merino pada perlawanan Sepanyol menentang Jerman di Stuttgart. – AFP