Sepanyol kekalkan penjarakan sosial di pantai

MADRID, 12 APRIL – Sepanyol, salah satu destinasi peranginan terkenal di Eropah, berkata hari ini ia akan mengekalkan peraturan penjarakan sosial untuk me-ngawal penularan koronavirus sebaik sahaja perintah berkurung negara berakhir, walaupun di pantai.

Kerajaan pada 14 Mac mengenakan perintah berkurung ketat di seluruh negara untuk memerangi pandemik itu, dan dua hari kemudian ia menutup sempadan daratnya, dengan rakyat Sepanyol yang dibenarkan memasuki negara.

Dalam satu temu bual yang disiarkan hari ini dalam akhbar harian El Pais, Menteri Pelancongan Reyes Maroto berkata kerajaan tidak tahu bila sempadan akan dibuka semula, berkata ia bergantung pada ‘perkembangan situasi krisis kesihatan.’

“Adalah amat penting kami mematuhi cadangan kesihatan, kami mesti meneruskan apa yang sedang dilakukan sekarang, mencuci tangan, amal penjarakan sosial malah di pantai,” tambah beliau apabila ditanya sama ada akses ke pantai akan dihadkan apabila perintah berkurung berakhir. – AFP