Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sepanyol mampu jadi hab gas EU

    WARSAW, 28 JULAI – Perdana Menteri Pedro Sanchez, kelmarin, berkata Sepanyol bersedia menjadi hab gas bagi membekalkan tenaga ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU), lapor Sputnik.

    “Kami mempunyai regasification system yang sangat cekap di Sepanyol. Saya berpendapat Sepanyol mempunyai keupayaan menjadi hab untuk mengeksport ke negara-negara yang terjejas akibat sekatan (Presiden Rusia Vladimir) Putin,” kata Sanchez pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Poland, Mateusz Morawiecki, di Warsaw.

    Harga gas di Eropah telah melonjak minggu ini kepada AS$2,500 bagi 1,000 meter padu setakat kelmarin, selepas Gazprom mengumumkan rancangannya untuk mengurangkan bekalan gas dari Rusia ke Eropah mulai 27 Julai kepada sekitar 33 juta meter padu sehari atau hanya 20 peratus daripada kapasiti. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...