Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Sepanyol pecat Luis Enrique

    DOHA, 9 DIS – Sepanyol telah memecat Luis Enrique semalam selepas juara Piala Dunia 2010 itu terlepas dari tangan Maghribi dalam pusingan 16 terakhir, sekali gus menamakan jurulatih pasukan Bawah-21, Luis De la Fuente sebagai penggantinya.

    Sepanyol memulakan kempennya di Qatar dengan penuh gaya selepas memalukan Costa Rica 7-0 dan layak mara ke pusingan kalah mati walaupun tewas 2-1 kepada Jepun.

    Mereka merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan 16 terakhir menentang Maghribi namun tumpas dalam pusingan penentuan sepakan penalti selepas aksi tanpa sebarang gol sehingga tamat masa tambahan.

    “Presiden, Luis Rubiales dan Pengarah Sukan, Jose Francisco Molina, telah memberitahu jurulatih tersebut mengenai keputusan mereka,” kata RFEF (persatuan bola sepak) dalam satu kenyataan.

    Mereka berkata mereka mahu berterima kasih kepada Luis Enrique dan staf beliau atas segala usaha, tetapi telah bersepakat untuk memulakan ‘projek baharu’. Tidak lama selepas itu, RFEF mengumumkan De la Fuente, yang membawa pasukan lelaki Sepanyol memenangi pingat perak pada Olimpik tahun lalu, sebagai pengganti baharu.

    Luis Enrique menzahirkan rasa kesyukurannya kepada RFEF atas peluang yang diberikan.

    “(Kepada) para pemain, yang telah mempercayai idea saya, maafkan saya kerana tidak dapat berikan lebih lagi,” katanya. – AFP

    Luis Enrique (kanan) bersama pembantu jurulatih, Aitor Unzue ketika tiba di Lapangan Terbang Adolfo Suarez Madrid-Barajas, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...