Sepanyol tutup sempadan elak sekatan

BARCELONA, 30 OKT – Satu demi satu rantau Sepanyol telah mengumumkan penutupan sempadan serantau mereka dalam harapan dapat mengelak sekatan baharu seperti yang berlaku di Perancis, namun tindakan tersebut mungkin tidak mencukupi.

Pada Ahad, kerajaan melaksanakan keadaan darurat untuk memberikan pihak berkuasa serantau langkah untuk mengenakan perintah berkurung dan menutup sempadan mereka kepada sesiapa yang berjalan tanpa sebab-sebab wajar.

Kebanyakan 17 rantau, termasuk Madrid, Catalonia dan Andalusia, telah mengambil kesempatan ke atas langkah tersebut untuk mengenakan sekatan serantau yang menjejas tiga perempat daripada 47 juta rakyat Sepanyol.

Di sesetengah kawasan, penutupan sempadan – malarang orang dari masuk dan keluar kecuali untuk tujuan penting – telah dilaksanakan pada peringkat perbandaran, seperti di Daerah Basque dan di bandar Seville dan Granada.

Walaupun kerajaan boleh mengenakan darurat sehingga dua minggu, dalam kes ini sehingga 9 November, ia memerlukan kelulusan parlimen untuk melanjutkannya, dengan penggubal undang-undang semalam mengundi menyokong pelanjutan enam bulan.

Meskipun sekatan yang dikenakan di Sepanyol sejak Julai, kes telah meningkat dengan kementerian kesihatan semalam melaporkan 23,580 kes baharu – peningkatan terbesar sehari dalam gelombang kedua pandemik. – AFP

Pekerja kesihatan menanggalkan baju kot mereka di depan Palace Generalitat, ibu pejabat Kerajaan Catalonia, tatkala mereka mengambil bahagian dalam bantahan terhadap keadaan kerja mereka di Barcelona, Sepanyol. – AP