Separuh akhir penanda aras Aaron-Wooi Yik – Rexy

KUALA LUMPUR, 24 DIS – Beregu utama lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sekurang-kurangnya perlu layak ke separuh akhir dalam mana-mana kejohanan disertai, menurut Timbalan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky.

Rexy yang baru sahaja melaporkan diri di BAM pada 1 Disember lepas berpendapat pencapaian ke peringkat separuh akhir seharusnya menjadi penanda aras bagi Aaron-Wooi Yik yang dilihat bertepatan dengan status mereka sebagai pemenang gangsa Olimpik Tokyo, Ogos lalu.

“Sepatutnya setiap kejohanan minimum adalah separuh akhir, jika suku akhir itu pun dikira gagal bagi tahap Aaron-Wooi Yik,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. – Bernama