Wednesday, November 30, 2022
29.4 C
Brunei

-

Separuh daripada bank seluruh dunia sedia untuk pelaporan risiko iklim

KUALA LUMPUR, 31 OKT – Hanya separuh daripada bank-bank di seluruh dunia bersedia untuk menyediakan pelaporan kawal selia mengenai analisis risiko iklim dalam tempoh enam bulan akan datang berikutan penyepaduan data yang menjadi kekangan terbesar mereka, menurut satu laporan tinjauan baharu hari ini.

Laporan yang disusun oleh Avanade, penyedia penyelesaian Microsoft, bersama EFMA juga menjelaskan banyak bank didapati tidak berada di landasan untuk memenuhi matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka.

EFMA adalah sebuah organisasi global bukan bermotifkan keuntungan yang ditubuhkan oleh bank dan penanggung insurans pada 1971 bertujuan membantu mereka membuat keputusan yang betul.

Avanade dan EFMA telah menjalankan penyelidikan dalam talian bermula November 2021 sehingga Februari 2022 meliputi 51 responden dari 25 negara.

EFMA juga menjalankan temu bual mendalam dengan para eksekutif dari Maybank, ABN AMRO, Banorte, BBVA, Caixabank, Desjardins, Deutsche Bank, ING, Novobanco dan Standard Chartered Bank.

Laporan bertajuk ‘Taking Sus-tainability Seriously: Are Banks Ready?’ mengetengahkan cara bank dan institusi kewangan yang mengalami peningkatan tekanan kawal selia, untuk menjejaki dan memantau kemajuan ESG mereka.

Avanade dan EFMA mendapati hanya separuh daripada bank (53 peratus) akan bersedia untuk pelaporan kawal selia dalam tempoh enam bulan akan datang, manakala hampir satu daripada lima (18 peratus) masih tidak jelas tentang keperluan itu serta hampir satu pertiga (29 peratus) tidak bersedia untuk sekurang-kurangnya setahun lagi.

“Lebih separuh daripada bank (57 peratus) mengakui mereka tidak akan mencapai operasi sifar karbon bersih sehingga 2025.

“Hanya 15 peratus menyatakan mereka sudah mencapai tahap tersebut manakala lebih suku daripada (26 peratus) memakumkan mereka akan merealisasikan neutral karbon dalam tempoh  12 hingga 24 bulan akan datang,” menurut laporan itu. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jutaan rakyat Bangladesh hilang tempat tinggal

DHAKA, 29 NOV – Berjuta-juta orang di Bangladesh hilang tempat tinggal dan mata pencarian akibat kesan perubahan iklim tahun ini hingga menyebabkan penghijrahan dalam negeri...

Polis kawal bandar utama China

- Advertisment -