Separuh gaji All Black dibekukan

WELLINGTON, 16 APRIL – All Black telah menerima 50 peratus pembekuan gaji mereka pada hari ini dengan pemain-pemain kesatuan New Zealand berkata mereka sedang bersedia untuk menghadapi senario tanpa perlawanan ragbi profesional tahun ini.

Selepas pandemik koronavirus mengantungkan aktiviti sukan-sukan di seluruh dunia, Ragbi New Zealand dan persatuan pemain telah bersetuju untuk menangguhkan NZ$ 25 juta, atau 50 peratus daripada jangkaan baki perbelanjaan pemain.

Kerajaan New Zealand dijangka akan membuat pengumuman untuk melonggarkan sekatan koronavirus minggu hadapan, tetapi memberi amaran ia tidak akan merangkumi penyambungan semula acara-acara yang boleh menarik orang ramai.

Pemotongan tersebut hanya dikenakan kepada pemain Super Ragbi, termasuk All Blacks, pasukan ragbi wanita, Black Fern dan tujuh program, dan bertujuan untuk melindungi pemain dengan membayar retainer kurang dari NZ$50,000.

“Para pemain adalah komited untuk memainkan peranan untuk memastikan masa depan jangka panjang sukan dan untuk memastikan sukan ini dapat menguruskan secara terbaik implikasi kewangan disebabkan oleh COVID-19,” kata ketua eksekutif Kesatuan Pemain Ragbi New Zealand, Rob Nicol.

“Dalam perbincangan berdasarkan senario sekiranya tiada perlawanan ragbi profesion pada tahun 2020, NZR dan AZRPA bersama mengakui tindakan segera perlu diambil untuk menyediakan perlawanan dan pemain untuk situasi ini, walaupun wujudnya niat untuk melakukan segala yang mampu untuk mengelakkannya.”

Pembekuan pembayaran akan ‘diketepikan secara tetap’ jika terdapat kemungkinan tiada perlawanan ragbi tahun ini tetapi sebahagian mungkin boleh dikembalikan semula jika perlawanan bersambung semula, kata Nicol.

Pengurus NZR, Mark Robinson berkata pembekuan merangkumi gaji pemain, bayaran perkumpulan serta faedah dan insentif kewangan lain, dan pengurangan dalam dana kebajikan dan aktiviti pembangunan pemain.

Pembekuan pembayaran New Zealand diumumkan tatkala Ragbi Australia memberi petunjuk ia juga hampir-hampir mencapai satu perjanjian dengan pemain berikutan rundingan berminggu lamanya.

“Kami telah mencatat kemajuan besar,” kata Raelene Castle dalam kenyataan. – AFP