Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Separuh jalan di Jambatan SHOAS ditutup sementara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Separuh jalan di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, dua kilometer dari Pusing Keliling Labu, hala Kota Batu (peta) akan ditutup sementara hari ini hingga 13 Februari bermula jam 10 malam sehingga 6 pagi hari berikutnya.

    Penutupan sementara jalan di jambatan tersebut adalah disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan optik fiber UNN di kawasan itu, menurut kenyataan yang diterima dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, hari ini.

    Sehubungan dengan itu, pihak jabatan menasihatkan para pengguna jambatan tersebut untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123/ Livechat Talian Darussalam 123, 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...