Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Separuh jalan di Jejambat Utama Berakas ditutup sementara

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Separuh jalan di Jejambat Utama Berakas menghala Bandar Seri Begawan, Lebuhraya Muara-Tutong akan ditutup sementara pada 14 hingga 18 Januari dari pukul 9 malam hingga 5 pagi tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan penutupan sementara jalan itu disebabkan untuk memberi laluan kerja-kerja penurapan asfalt di jejambat berkenaan.

    Sehubungan itu, pengguna jalan berkenaan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Peta menunjukkan kawasan di Jejambat Utama Berakas menghala Bandar Seri Begawan, Lebuhraya Muara-Tutong yang ditutup sementara hingga 18 Januari.- GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda