Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Separuh Jalan Kota Batu ditutup sementara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Kota Batu, Kampung Sungai Matan, bermula 5 Januari hingga 10 Januari.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan JKR hari ini, penutupan dari 8:30 pagi hingga 5 petang itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja mengecat pagar di jambatan berdekatan Simpang 722, Jalan Kota Batu, kampung berkenaan.

    Sehubungan itu, jabatan menasihatkan pengguna jalan supaya memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...