Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Separuh jalan Lebuh raya Muara Tutong ditutup sementara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Separuh jalan di KM 115.3, Lebuhraya Muara-Tutong hala Tutong ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan kalbat yang rosak di kawasan berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, penutupan separuh jalan itu bermula kelmarin sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dilaksanakan.

    Sehubungan itu, pihak jabatan mengingatkan para pengguna lebuh raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...