Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Separuh jalan persimpangan Jalan Lugu ditutup sementara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Tutong berhampiran persimpangan masuk ke Jalan Lugu, hala Tutong bermula hari ini.

    JKR dalam menjelaskan bahawa penutupan sementara itu adalah bagi kerja-kerja pembaikan kalbat di jalan berkenaan.

    Sehubungan itu, pihak jabatan mengingatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan penutupan sementara separuh jalan di Jalan Tutong berhampiran persimpangan masuk ke Jalan Lugu, hala Tutong. – Gambar serahan JKR

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...