Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Separuh Jalan Utama Mentiri ditutup sementara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Utama Mentiri, berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Utama Salambigar hala Sungai Akar pada 11 Mac bermula 8 pagi hingga 5 petang.

    Kenyataan menyatakan bahawa penutupan sementara itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan prismavision billboard di persimpangan berkenaan.

    Sehubungan itu, JKR mengingatkan para pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.
    Jabatan berkenaan juga menyatakan kepada orang ramai jika mereka mempunyai sebarang aduan, boleh menghubungi JKR melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 atau e-mel, pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan penutupan sementara separuh jalan di Jalan Utama Mentiri, berhampiran lampu isyarat Jalan Utama Salambigar hala Sungai Akar bermula 11 Mac, pukul 8 pagi hingga 5 petang. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...