Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seperti dibom!

    PARIS, 16 April – Serpihan kaca kotor daripada tingkap Zaman Pertengahan yang bernilai tinggi, lubang di atas kawasan koir di mana puncak menara roboh serta puing-puing kebakaran dari bumbung yang roboh berserakan di tanah.

    Selepas anggota bomba memadamkan sisa-sisa kebakaran yang meranapkan katedral Notre Dame di Paris, kemusnahan yang membelenggunya terdedah pada siang hari akibat kebakaran besar pada malamnya. Pelancong dan rakyat Paris, bersatu dalam kekejutan akibat kerosakan salah sebuah daripada monumen bersejarah warisan manusia itu, memerhatikan daripada jarak selamat di tebing sungai Seine, selepas polis menutup kawasan tersebut.

    Namun wartawan yang boleh melihat tahap kerosakan melalui sebuah pintu yang terbuka, mendedahkan timbunan runtuhan dan puing-puing kebakaran di dalamnya.

    Namun sebuah Salib keemasan masih lagi teguh di belakang katedral tersebut, tampak bersinar.

    Begitu juga tingkap-tingkap kaca yang kotor dan patung-patung juga boleh dilihat, meskipun gerbang-gerbangnya dilitupi asap hitam.

    Gambar sebelum dan selepas kejadian kebakaran besar yang meranapkan bangunan warisan katedral Notre Dame. Lagi berita di Muka 14. – AFP

    Paderi yang menyaksikan kerosakan dalaman mengatakan mereka seakan tidak mempercayai apa yang mereka saksikan.

    Philippe Marsset, seorang paderi Notre Dame yang pertama memasuki katedral itu mengatakan, “Saya seperti melihat satu pengeboman.”

    “Ia seperti neraka,” katanya, menerangkan saat-saat ketika mereka mendapati ia terbakar, dengan bumbung tinggi dijilat api selepas mas malam sejurus sebelum 7 malam waktu tempatan pada Isnin.

    Pegawai gereja berkejar memindahkan banyak artifak, lukisan dan pelbagai lagi barangan berharga lain yang boleh mereka keluarkan sebelum diarahkan mengosongkan bangunan tersebut oleh anggota bomba yang cuba mengawal kebakaran daripada merebak.

    “Sepanjang malam, saya melihat orang ramai bergenang air mata. Saya boleh katakana bahawa ia benar-benar huru-hara, namun ia tidak akan mematahkan semangat kami,” kata Marsset. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda