Seppi tewaskan Tsitsipas

SYDNEY, 10 Jan – Andreas Seppi mengingatkan semula semua pengalamannya hari ini untuk menghentikan harapan gelaran pemain pilihan utama Stefanos Tsitsipas untuk menjuarai gelaran Antarabangsa Sydney dan mara ke separuh akhir, dengan Aliaksandra Sasnovich dari Belarus sebagai pemain wanita pertama yang mara ke empat pemain terakhir.

Pemain veteran, Seppi, 14 tahun lebih tua berbanding pencabarnya dari Greece, 20, yang hanya memenangi tiga gelaran dalam ATP sepanjang kerjaya tetapi masih dalam laluan bagi satu lagi cabaran tatkala bangkit bagi mencatatkan kemenangan 4-6, 6-4, 6-4.

“Atas beberapa alasan saya selalu bermain dengan terbaik di Australia, jadi saya begitu gembira berada di sini,” kata Seppi, yang bangkit serta-merta pada set kedua selepas tewas set pertama.

“Ia adalah penting untuk bermula dengan baik pada set kedua. Bagus untuk memiliki break lebih awal jadi saya boleh beraksi dengan sedikit agresif dan ia berkesan pada akhirnya.”

Dalam tiga kemunculan bagi pusingan 16 di Terbuka Australia, dia berjaya menewaskan Marin Cilic pada 2013, Roger Federer pada 2015 dan Nick Kyrgios pada 2017.

Kekalahan tersebut adalah kejutan bagi persediaan pemain nombor 15 dunia, Tsitsipas bagi Grand Slam tahun ini di Melbourne pada minggu depan.

Dia adalah salah seorang pemain paling berkembang dalam sukan itu tahun lepas, melonjak dari kedudukan 91 selepas mara ke perlawanan akhir di Barcelona dan Toronto, tewas kedua-duanya kepada Rafael Nadal dan menumpukan bagi permulaan yang sempurna menjelang Terbuka Australia.

Seppi dihadiahkan dengan pertemuan sama ada pemain pilihan ketiga dari Argentina, Diego Schwatzman atau pemain kelayakan dari Jepun, Yoshihito Nishioka. Pada aksi suku akhir, pemain pilihan kelima, Alex De Minaur menentang pemain senegara dari Australia, Jordan Thompson sementara pemain pilihan keempat dari Perancis, Gilles Simon menghadapi seorang lagi pemain dari Australia, John Millman. – AFP

Seppi membalas pukulan daripada Tsitipas pada pertemuan mereka di yang berlangsung di Sydney, kelmarin. – AP