Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    September catat suhu paling panas

    PARIS, 7 OKT – Permukaan Bumi adalah lebih panas pada bulan lalu berbanding mana-mana bulan September yang dicatat, dengan suhu sejak Januari mengatasi tahun kalendar paling panas pada 2016, menurut Program Pemantauan Bumi Kesatuan Eropah hari ini.

    Tahun ini telah menyaksikan tiga bulan dengan suhu panas – Januari, Mei dan September – dengan Jun dan April terikat di tempat pertama, lapor Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus.

    “Buat masa sekarang tidak adanya perbezaan di antara 2020 dan 2016 untuk tahun panas setakat ini,” beritahu saintis Copernicus Freka Vambourg kepada AFP.

    Untuk tempoh 12 bulan sehingga September, planet mencatat hampir 1.3 darjah Celsius mengatasi tahap pra-perindustrian.

    Ia amat hampir dengan had maksimum 1.5 darjah Celsius untuk kesan teruk yang dibutirkan dalam laporan 2018 oleh panel penasihat sains iklim PBB, IPCC.

    Setakat ini, Bumi telah menjadi panas secara purata sebanyak satu darjah, cukup untuk menambah masalah gelombang haba, kemarau dan ribut tropika yang menjadi lebih teruk akibat kenaikan paras laut.

    Suhu pada September adalah ‘amat tinggi’ di utara Siberia, selain Garisan Artik, yang telah melihat cuaca amat panas selama beberapa bulan.

    September juga panas di Timur Tengah, dengan suhu tinggi baharu dicatat di Turki, Israel dan Jordan.

    “September adalah lebih panas sebanyak 0.05 Celsius berbanding September 2019, bulan September paling panas sebelumnya,” kata laporan Copernicus. – AFP

    Anggota bomba semasa memadamkan kebakaran di Calistoga, California pada 1 Oktober 2020. Pantai barat Amerika Syarikat mengalami musim kebakaran paling teruk dalam sejarah dengan hampir empat juta ekar kawasan terbakar. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda