BEIRUT, 22 MEI – Sebuah mahkamah Syria memerintahkan larangan perjalanan ke atas sepupu presiden negara itu dan salah seorang peniaga terkaya dalam langkah terbaharu untuk membendung pertikaian kewangan yang telah menimbulkan perpecahan dalam keluarga Assad.
Keputusan itu disiarkan di laman Facebook Kementerian Kehakiman Syria semalam. Mahkamah mengatakan Rami dilarang untuk sementara waktu meninggalkan Syria sehingga perselisihan mengenai hutang tertunggaknya diselesaikan.
Baru-baru ini terjadi penggantian jawatan sebagai langkah kerajaan terhadap Makhlouf, termasuk merampas asetnya awal minggu ini dan memberi amaran bahawa lebih banyak tuntutan kewangan akan dibuat terhadap beliau, yang pernah dipercayai menjadi pemangkin ekonomi Syria.
Makhlouf telah mencabar tuntutan kewangan yang dibuat terhadapnya, dengan mengatakan bahawa mereka tidak adil dan meminta sepupunya Presiden Bashar Assad untuk menjadi penimbang tara.
Makhlouf mengetuai syarikat telekomunikasi terbesar di negara ini, Syriatel. Presiden tidak membuat kenyataan awam mengenai dakwaan itu, perselisihan yang paling ketara dalam keluarga erat yang telah memerintah Syria selama hampir 50 tahun. Makhlouf adalah sepupu kepada ibu Assad. – AP





























