Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Sera mahu Shuk jalankan tanggungjawab sebagai bapa

    Berkongsi video memperlihatkan anak bongsunya menangis kerana merindukan bapanya, Shuk Sahar, isteri pelawak itu, Sera berkata, dia tidak pernah memutuskan hubungan anak-anaknya dengan bapa mereka.

    Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Assahaferah berharap Shuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak mereka iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

    Status rumah tangga masih menjadi tanda tanya, Sera memberitahu dia enggan memikirkan soal cinta kerana fokus utamanya hanya ingin menuntut hak anak-anak.

    “Hubungan mereka tetap sama, sebagai bapa dan anak kandung. Air yang dicincang tak akan putus. Saya harap dia dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada Aimi dan Ain.

    “Sekarang ini, saya bukan nak mengejar cinta tetapi lebih kepada nak menuntut hak anak-anak saya,” kata Sera.

    Rossa sebak mengharapkan anak-anak dapat tuntut hak dan kasih sayang mereka. – Agensi

    Sebelum ini, Sera memuat naik video di TikTok dengan kapsyen memberi bayangan dia kini menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya yang sepatutnya dijalankan oleh Shuk.

    Menerusi video itu, kelihatan anak bongsu Shuk sedang menangis sambil mengeluarkan kata-kata dalam keadaan menyayat hati sambil ditenangkan oleh Sera.

    Masih mengunci mulut mengenai rumah tangganya, Sera bersyukur dapat menyara dua orang anaknya dengan rezeki daripada membuat ulasan di IG dan menjadi model serta wajah untuk produk Inayah Beauty.

    “Alhamdulillah, rezeki saya semakin luas sejak saya fokus kepada anak-anak. Saya mengharapkan pendapatan daripada buat review, model dan face off @inayahbeautyhq.

    “Lagi-lagi waktu nak raya, banyak persiapan yang kena saya buat. Menjadi wajah untuk produk Inayah Beauty antara salah satu penyumbang saya untuk meneruskan kehidupan.

    “Bukan sahaja berjaya melangsingkan badan dari XXL hingga S, tapi merupakan salah satu pendapatan terbesar saya dan anak-anak. Jadi mampu la saya untuk sara anak-anak,” ujarnya.

    Sementara itu, Sera mengakui enggan mengambil pusing tentang komen negatif kerana banyak lagi kata-kata semangat yang diterimanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...