Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serah bendera kontinjen ABDB ke UNIFIL

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Upacara Penyerahan Bendera Kebangsaan bagi Kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan menyertai Batalion Malaysia 850-12 (MALBATT 850-12) bagi misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) telah berlangsung di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba, hari ini.

    Hadir pada upacara berkenaan ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini bin Atan dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin.

    Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, wakil Setiausaha Tetap (Politik dan Pertubuhan-pertubuhan Antarabangsa) Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Dayangku Nooraslena binti Pengiran Dato Paduka Haji Sallehuddin, pegawai-pegawai kanan dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan serta ahli keluarga anggota-anggota yang menyertai misi pengaman.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar.

    Upacara kemudiannya diteruskan dengan penyerahan bendera kebangsaan oleh Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi kepada Ketua Kontinjen Negara Brunei Darussalam bagi MALBATT 850-12, Mejar Pengiran Muhd Syahir Fadillah bin Pengiran Salleh dan diikuti dengan pemasangan lencana kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota kontinjen. Upacara diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

    Kontinjen akan berlepas ke Malaysia sejurus selesai acara menggunakan pesawat pengangkut C295MW TUDB sebelum bertolak ke Lubnan.

    ABDB telah terlibat dalam misi pengaman UNIFIL sejak 2008, yang mencerminkan komitmen Negara Brunei Darussalam untuk mendokong tiga teras utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu keamanan dan keselamatan, hak asasi manusia dan pembangunan.

    ABDB komited untuk memupuk keamanan dan kestabilan serantau dan antarabangsa, mengesahkan dedikasinya terhadap keamanan dan keselamatan global.

    Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi menyerahkan bendera kepada ketua kontinjen. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara ahli keluarga anggota yang menyertai misi pengaman turut hadir menyaksikan acara berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda