Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Seram! Penonton nampak kelibat misteri dalam MV Baby Shima

    Video muzik (MV) lagu terbaharu Baby Shima berjudul Bak Zaman duet bersama Fairuz Misran menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial.

    Ini selepas penonton mendakwa melihat kelibat dan bayangan misteri dalam MV tersebut yang dimuat naik di laman YouTube sejak Selasa.

    Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 29, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan oleh peminat mengenai bayangan misteri yang dilihat dalam MV berkenaan.

    “Sejujurnya saya pun terkejut apabila tiba-tiba pengikut cakap nampak jelmaan dalam MV itu, saya pun tak pasti dekat minit ke berapa muncul bayangan itu.

    “Saya muat naik sedutan MV itu di TikTok malam Selasa, terus jadi seram bila orang komen bercakap mengenai perkara itu, sampai trending video itu di laman tersebut.

    “Saya dan pengurusan tonton semula MV itu dan cari mana jelmaan yang dikatakan itu, kami pun hairan macam mana ada orang nampak bayangan misteri itu, mungkin pandangan orang berbeza,” katanya.

    Sebelum itu, menerusi TikTok, pengikut memaklumkan melihat jelmaan misteri seakan-akan bayangan seorang wanita dalam MV lagu terbaharu nyanyian Baby Shima itu.

    Dalam pada itu, Baby Shima turut berkongsi pengalaman mistik yang dilalui olehnya dan produksi ketika penggambaran MV tersebut pada hujung tahun lalu. Cerita Shima, beberapa orang kru turut menerima gangguan hingga terpaksa mendapatkan bantuan ustaz. – Agensi

    Shima berdepan gangguan mistik ketika penggambaran MV lagu baharu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...