Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seramai 109 rakyat Malaysia dilapor terkandas di Laukkaing, Myanmar

    PUTRAJAYA, 20 NOV – Seramai 109 orang warganegara Malaysia dilaporkan terkandas di bandar Laukkaing, utara Myanmar susulan pergolakan yang berlaku di wilayah itu, menurut Kementerian Luar Negeri.

    Kementerian dalam satu kenyataan berkata kebanyakan rakyat Malaysia itu dipercayai terdiri daripada mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara. 

    Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Beijing dan Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming sedang menyelaras usaha menyelamat bersama Kementerian Luar Negeri Republik Kesatuan Myanmar dan Republik Rakyat China sebelum memuktamadkan urusan membawa pulang kesemua rakyat Malaysia berkenaan dengan selamat. 

    “Usaha itu turut mendapat kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

    “Kementerian Luar Negeri terus mening-katkan usaha bagi menangani masalah warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda