Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seramai 43 mangsa banjir dipindahkan di Beaufort, Sabah

    BEAUFORT, 23 MAC – Seramai 43 mangsa banjir daripada 14 keluarga dari Kampung Suasa di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Datuk Mohd Dun Banir semalam, setelah rumah mereka dilanda banjir.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan PPS berkenaan mula dibuka Isnin lepas sebagai persediaan menghadapi bencana banjir berikutan cuaca hujan melanda daerah itu, sejak beberapa hari lepas.

    “Setakat ini hanya sebuah kampung terlibat iaitu Kampung Suasa dan proses pemantauan di kawasan banjir masih giat dijalankan oleh agensi yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

    Proses kemas kini maklumat mangsa banjir masih dijalankan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) pagi ini.

    Dalam pada itu, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort memberitahu pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian banjir itu pada pukul 2.53 petang semalam sebelum bergegas ke kampung berkenaan sejauh kira-kira 30 kilometer dari pekan Beaufort bagi membantu memindahkan mangsa banjir. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda