Seramai 510 kini jalani pengasingan diri

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Seramai 510 orang kini sedang menjalani pengasingan diri mandatori dengan sejumlah 3,418 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 573 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 37,631 ujian.

Pengemaskinian status tersebut telah dikongsikan melalui Siaran Akhbar Statistik Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam hari ini. Menurut kenyataan itu lagi, setakat jam 12 tengah hari, tiada kes baharu telah dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 141 orang. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.