Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Serang polis guna parang, lelaki ditembak mati

    PARIS, 14 FEB – Polis Perancis menembak mati seorang lelaki yang meluru ke arah mereka awal hari ini dengan parang di stesen kereta api Gare du Nord di Paris, kata sumber polis.

    Lelaki itu menyerang dua pegawai polis yang sedang meronda di stesen berkenaan, salah satu stesen paling sibuk di Eropah, bersenjatakan parang dengan slogan ‘Semua Polis adalah Bangsat’ tertulis di parang tersebut, kata satu sumber polis.

    “Ia adalah seorang individu yang dikenal pasti oleh polis sebagai seseorang yang merayau-rayau di sekitar stesen,” beritahu Menteri Pengangkutan Jean-Baptiste Djebbari kepada RMC TV. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...