ABUJA, 28 Julai – Kumpulan pengganas Boko Haram telah meragut empat nyawa dalam serangan lain di sebuah bandar berhampiran bandar timur Maiduguri, sebuah pejabat kecemasan setempat mengesahkan kelmarin.
Empat pengebom nekad wanita disyaki melakukan serangan terhadap Kampung Mandirari di daerah Konduga, beberapa kilometer dari Maiduguri, bandar terbesar di wilayah timur laut Nigeria, Rabu malam, kata Bello Dabatta, ketua Badan Pengurusan Kecemasan Borno.
Menurut pegawai itu, empat orang awam terbunuh dalam serangan itu manakala jumlah mereka yang cedera dalam serangan itu tidak jelas. – Xinhua