Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Serangan bom korbankan 6 nyawa

    KARACHI 15 MEI – Sekurang-kurangnya enam orang, termasuk tiga kanak-kanak, terbunuh dalam serangan bom disyaki dilakukan pengebom nekad yang menyasarkan konvoi tentera di barat laut Pakistan, dekat sempadan Afghanistan, lapor Agensi Anadolu pada hari ini.

    Kejadian berlaku di Miranshah, daerah Waziristan Utara, markas Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), sebuah konsortium kumpulan militan di Pakistan, menurut kenyataan tentera.
    Akibatnya, tiga tentera dan ramai kanak-kanak terkorban.

    Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab setakat ini.

    Bagaimanapun, agensi keselamatan menuduh TTP bertanggungjawab terhadap serangan.
    TTP telah berundur ke Afghanistan pada 2014 susulan serangan tentera berskala besar di kawasan barat laut, terutamanya di Waziristan Utara, bekas ibu pejabat kumpulan militan itu.

    Sejak itu, kumpulan itu telah beroperasi dari sempadan Afghanistan, menurut tentera Pakistan.

    Pakistan, dipercayai mempunyai pengaruh ke atas Taliban, telah menjangkakan serangan dari sempadan Afghanistan akan berakhir selepas Taliban memegang tampuk pemerintahan, tetapi negara itu masih berdepan beberapa siri serangan maut. – Bernama

    Para penduduk mengusung jenazah mangsa yang terlibat dalam serangan bom, kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...