KABUL, AFGHANISTAN, 27 DIS – Beberapa siri pengeboman melanda ibu negara Afghan pada pagi semalam, membunuh sekurang-kurangnya empat orang termasuk dua pegawai polis, kata pegawai.
Kematian berpunca daripada bom melekit yang dipasang pada kenderaan polis yang meletup di barat Kabul, kata jurucakap polis Ferdaws Faramarz. Letupan itu mencederakan dua orang awam.
Dua pegawai polis lain juga cedera apabila sebutir bom yang dipasang pada kereta mereka meletup awal semalam di selatan Kabul, kata Faramarz.
Maooma Jafari, penolong jurucakap untuk kementerian kesihatan berkata empat mayat dan empat mangsa cedera dibawa ke hospital selepas dua letupan.
Bom melekit ketiga meletup di timur Kabul tetapi tidak mengakibatkan kecederaan atau kematian, kata beliau.
Terdapat laporan berlakunya sekurang-kurangnya dua letupan lain di bandar tetapi polis tidak mempunyai butir lanjut. – AP































