Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Serangan Carpet Bombing meningkat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Agensi-agensi sekuriti siber di seluruh dunia telah mengesan peningkatan ancaman daripada sejenis serangan baharu DDoS yang digelar Carpet Bombing.

    Ia telah merangkumi sebanyak 44 peratus serangan DDoS di seluruh dunia pada 2021 seperti yang dilaporkan oleh Neustar Security Services dalam Laporan Februari 2022, jelas Unified National Networks Sdn Bhd (UNN) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.

    Carpet Bombing menyerang beberapa alamat IP awam sesebuah syarikat dengan laluan rangkaian yang lebih kecil berbanding serangan isi padu tradisional yang menjadikan serangan itu lebih sukar untuk dikesan.

    Jumlah serangan kecil laluan rangkaian itu, boleh menjadi serupa kepada serangan isi padu pada satu alamat IP di mana ia boleh dengan mudah menyesakkan kesalinghubungan rangkaian dan aplikasi boleh diakses menggunakan Internet bagi syarikat yang disasarkan.

    UNN dalam kenyataan itu, menerangkan bahawa apabila sebuah syarikat berhadapan dengan serangan DDoS sedemikian, perkhidmatan digital digunakan pelanggan seperti laman sesawang, kedai e-dagang, aplikasi sesawang atau aplikasi mudah alih yang dihoskan, akan terganggu atau respons diperlahankan secara signifikan, yang memberi kesan kepada pengalaman pelanggan serta operasi perniagaan syarikat yang bergantung pada saluran-saluran digital berkenaan.

    Perniagaan di Brunei kini boleh mengambil langkah untuk melindungi perkhidmatan digital mereka daripada serangan DDoS rangkaian. UNN menawarkan perkhidmatan siber sekuriti automatik dan diurus sepenuhnya yang akan membantu melindungi talian hayat digital syarikat berkenaan.

    Perniagaan atau organisasi yang berminat untuk menyertai DDoS Defence Services oleh UNN boleh menghubungi pasukan jualan UNN.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...