Serangan di Birmingham, seorang suspek diberkas

LONDON, 7 SEPT – Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan pada pagi semalam kerana disyaki membunuh dan tujuh tuduhan menyebabkan kematian, dalam satu insiden serangan di pusat bandar Birmingham kelmarin, lapor agensi berita Anadolu memetik pihak polis.

“Suspek ditahan di Selly Oak kira-kira 4 pagi selepas detektif berusaha mengesan suspek sepanjang malam,” kata Polis West Midlands dalam satu kenyataan. – Bernama