Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Serangan di kemudahan awam Arab Saudi, Yaman dikecam

    ANKARA, 27 MAC – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres kelmarin mengecam serangan ke atas kemudahan awam di Arab Saudi dan Yaman.

    “Setiausaha Agung itu mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Houthi ke atas kemudahan tenaga dan fasiliti awam di Arab Saudi pada Jumaat lalu serta serangan balas di Sana’a, sehingga mengorbankan lapan orang awam, termasuk lima kanak-kanak dan dua wanita,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan Stephane Dujarric.

    Serangan udara itu turut meng-akibatkan kerosakan di kawasan kediaman kakitangan PBB di Sana’a.

    “Setiausaha Agung menyeru supaya siasatan dapat dilaksanakan segera dan telus bagi mengesan pelakunya,” menurut kenyataan itu.

    Guterres mengulangi gesaan agar semua pihak menghentikan sebarang provokasi, meredakan pertelingkahan dan mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk prinsip perbezaan, perkadaran dan pencegahan.

    Puak pemberontak Houthi di Yaman pada Jumaat lalu mengaku bertanggungjawab melakukan serangan dron dan peluru berpandu ke atas kemudahan tenaga Arab Saudi.

    Serangan berkenaan menyasarkan kemudahan penyimpanan minyak Syarikat Aramco itu mengakibatkan dua tangki simpanan terbakar.

    Susulan tindakan berkenaan, sebuah pakatan diketuai Arab Saudi melancarkan operasi ketenteraan di Yaman, termasuk Sana’a dan bandar pelabuhan Laut Merah al-Hudaydah yang dikuasai Houthi.

    Gabungan itu memaklumkan operasi tersebut bertujuan menghentikan serangan ke atas kemudahan minyak Arab Saudi dan melindungi sumber tenaga global. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...